Saturday, 17 September 2011

koleksi doa persediaan peperiksaan


1. KETIKA KELUAR RUMAH PADA HARI PEPERIKSAAN
بسم الله توكلت على الله Dengan nama Allah aku berserah kepada Allah

2. KETIKA DALAM PERJALANAN KE DEWAN PEPERIKSAAN
يا ذالجلال والإكرام Wahai Tuhan yang Maha Agung lagi Maha Mulia

3. KETIKA HENDAK MELANGKAH MASUK KE DEWAN PEPERIKSAAN (melangkah dengan kaki kanan)
سلام قولا من رب رحيم : Selamat Sejahtera ucapan dari Tuhan yang Maha Penyayang

4. KETIKA HENDAK DUDUK
إياك نعبد وإياك نستعين Hanya kepada Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan

5. KETIKA MEMBUKA KERTAS SOALAN
اهدنا الصراط المستقيم Tunjukkanlah kami (ya Allah) jalan yang lurus

6. KETIKA HENDAK MENJAWAB KERTAS SOALAN
إن الله كان عليما حكيما Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui lagi Maha
Bijaksana

7. KETIKA MENGHADAPI SOALAN SUSAH
وكان ذلك على الله يسيرا Yang demikian itu adalah mudah bagi Allah

8. KETIKA MENYEMAK SOALAN
إن الله كان بكل شئ عليما Sesungguhnya Allah maha Mengetahui segala sesuatu

9. KETIKA MENYERAH KERTAS JAWAPAN
إن ربي غفور رحيم Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang

** Bacaan di atas adalah sebagai doa tambahan daripada doa-doa yang biasa diamalkan oleh para pelajar.

No comments:

Post a Comment